inspirasi dari Fynn Jamal
Sedih rupanya menjadi gadis,
Diperlakukan begitu,
Semua salahkanmu,
Kamulah jahat,
Kamulah keji,
Kamulah jalang,
Jahatnya sang jantan dan bangangnya masyarakat,
Perasaan kamu tiada peduli,
Perasaan orang perlu dijaga,
Bukan tidak mahu untuk tidak peduli,
sakit, hati guris , semua dipendam,
“kamu pompuan, jangan banyak cakap” kejian orang,
wahai gadis,
aku sebagai lelaki,
meminta maaf jika pernah melakukan sedemikian terhadap kamu si gadis
tabahkan hati,
hela nafas dalam-dalam,
tempuhi dunia,
dan
“ayuh gadis, berhentilah menanges” (FynnJamal)
Maaf, maaf, dan maaf.
Janganlah merajuk,
Janganlah marah,
Janganlah sedih,
Kerana
Saya takot
Takot kehilangan dirimu,
Takot :’(
Maafkan saya…
19hb,
cepatlah ;(
aku cemburu dengan masa,
aku cemburu dengan jarak,
jaga diri,
moga selamat pergi dan pulang,
aku cemburu :(
hargai, pegang erat hatinya, jangan longgarkan ikatan itu, jangan ambil ringan pasangan mu, kerna kan menyesal kelak.
Terima Kasih kamu, kamu dan juga kamu kerana memberi idea untuk tulesan ini. Lama tertangguh sebab lattop retak jadik terpaksa cari monitor baru. Minta maaf kepada cik bulan, En Belen dan semua rakan sekalian yang baca. Sebenarnya nak tangguh lagi sebab baru sahaja hilang spek masa program tadi. haih. tapi takpe. sambung menules.
Jadi, tulesan ini berkenaan topik hargai. Terasa nak tules topik sebab aku rasa kebanyakan orang sekarang kurang sifat menghargai sekarang. Lagi-lagi dalam perhubungan chenta. Apa makna hargai atau “appreciate”? Hargai ni maksudnya rasa bersyukur sesuatu itu ada disitu. Macam mana nak rasa diri kau dihargai? Menurut seorang kawan aku, bila orang sekeliling dia atau orang yang sayang dia berterima kaseh untuk usaha yang dibuat. Dan macam mana pula perasaan kau bila dihargai? menurut beliau juga, rasa hepi, dan juga rasa nak terbang terbang bila orang tersayang hargai die. Aku kupas dua topik jela rasanya, hargai diri sendiri dan juga chenta. Banyak lagi sebenarnya, kawan, keluarga. Tapi kang nak berapa page. dah boleh buat novel kang.
Kebanyakan orang akan hargai bila kau akan rasa sesuatu tu hampir atau dah hilang, dah tiada. Betol aku tak tipu. Sebab aku pon alami mende nie. Aku ambil skop yang kecil dulu, macam diri sendiri. Kita nie sendiri pon sebenarnya tak hargai diri sendiri, dari aspek makan la senang. Makan main makan semua bende manis, masin, masam tak ikot sukatan yang betol. Belom bedal segala macam ubat. Di hujung hari, kene penyakit macam-macam macam kencing manes ke, diabetes ke, barulah rasa nak menyesal. Betol tak? Pernah kan berlaku. Baru aspek makan. belom bab rehat, bab tidor, dan paling hebat bab chenta. Pasal chenta aku ulas lepas nie. Aku nk fokus kat diri kita sendiri, badan kita. Cuba kau pikir fungsi paling senang jari kelingking kau. Mesti kau rasa, “alah. takde pape kot” cuba kau luka salah satu tu. Kau tengok macam mana seksanya hidop kau nak buat kerja, makan semua. baru jari kelingking. Dah saket, dah kehilangan, baru kau nak menyesal,”alaaaa.. nyesal aku buat macam nie, menyesal tak jaga” naseb baeklah sembuh. kalao kecacatan kekal? nak rasa menyesal? terlambat dah. terlambat.
Jadik sekarang aku cita pasal chenta, banyak kes sekarang yang pasangan nye tak hargai dirinya. Kemain dulu masa nak ngorat boleh mesej hari hari, kal hari hari, bila dah bersama mulalah lain perangai. Bila dah lama, bila kurang rasa hargai, akan mulalah perangai “takes thing for granted” atau ambil ringan pasangan tu. Jadik kes kat dua kawan baek aku, satu dia yang tak hargai orang dan dah terlambat. (hahahaha.. padan muka) dan lagi satu orang tak hargai. Macam mana boleh terjadi macam tu kan? Pendapat aku, kurangnya rasa takut kehilangan atau “fear of loss”, sama macam yang aku sebot pasal badan. Kau tak takot kehilangan pasangan kau, kau rasa “alaaa.. tak lari nye die. die sayang aku nye” tapi kau kene pikir. Bukan kau sorang jek rase pasangan kau chantek, chomel atau baek. Orang lain ada gak rasa macam tu. Pastu bila kene ngorat pasangan kau tu oleh orang lain, kau agak3 dia akan pilih kau yang layan die macam tah pape? Jadik, jangan la kau nak mara orang yang ngorat pasangan kau tu, kau marahla diri sendiri. kenapa kau tak jaga dia, tak kal dia, tak mesej dia sama macam kau nak ngorat dulu? pastu bila dah terlambat barula nak merayu-rayu. menyesal bagai. terlambat dah. terlambat.
Bagi aku sendiri, aku penah rasa dua pihak yang tak hargai orang (bangang) dan juga orang tak hargai. Nasehat aku, kalao kau taknak rasa orang tak hargai kau, bek kau mula hargai orang disekeliling kau, takpon paling penting badan kau sendiri. Kalau kau depres ke kecewa takyah la nak bunuh diri ke makan ke? seksa badan kau jek. seksa hati kau. Biar aku tanya kau sesuatulah. Kalau diri sendiri pon kau tak hargai, kau agak agak kau mampu nak hargai orang lain? hati orang lain? perasaan orang lain? Pikir woi pikir… Untuk pasangan yang tengah berchenta (kawenla woi, buatpe berchenta lama) atau yang dah kawen, hargailah pasangan kau dan ekpresslah chenta kau (macam post pertama aku). Contoh, Buat macam nie, tiba3 pagi-pagi, masa mesej ucap Morning tu kau cakaplah sekali “Awak, terima kaseh sebab sudi terima saya dalam hidop awak” dan sebagainya. Kalao die tanya kenapa, ceritalah sebab kau hargai die, sayang ke, apeke… Takkan semua aku nak bagi, pandai la carik sendiri. ceit… Takpon paling best.. kalau kau buat setiap hari tu macam hari pertama kau nak ngorat pasangan kau, walaupon kau dah kawen. Apa salahnya… Macam citer 50 first dates (hari3 ngorat) takpon yang baru nie The Vow (bini hilang ingatan ngorat balik).
Saya cuba menghargai diri, orang sekeliling dan juga kamu :) anda bagaimana?
Angka yang buat saya tak keruan :(
tak senang duduk
tak senang tidor
oh cepatlah 16hb :(
Duhai Sang Bulan,
Senyum selalu,
Disitulah terletaknya syurga saya ;)
Duhai Sang Bulan,
Jauh di ufuk sana,
Saat saya malam,
Anda pagi,
Saya tetap disini, merindui,
ibarat sang pungguk rindukan bulan ;)
Duhai Sang Bulan,
Ku tetap disini,
Menemani mu tiap malam,
Takot-takot kamu terjaga tiada siapa disisi,
kan ku tidurkan mu,
biar terbang didalam mimpi indahmu :)
Duhai Sang Bulan,
Kan ku kirimkan gambar bunga,
agar kau tahu,
yang bunga itu sechantek, seindah kamu ;)
Duhai Sang Bulan,
kuharap dirimu bangun,
dan baca coretan kaseh ini,
dan tersenyum,
dan tersipu malu-malu :D
“luka, tampal, jahit, sembuh, tetap berparut, tetap disitu, sampai bila-bila”
Tulesan ini ditujukan khas untuk cik bulan. Terima kaseh kepada cik bulan, encik belen, miss burger dan abe wong untuk idea. Tulesan ini juga adalah kesinambungan dari tulesan sebelom ini, “Youll never walk alone”. nah encik belen. tak sabar3 :D
Sebenarnya tulesan ini nak tules sekali dalam tulesan “Youll never walk alone”, tapi nanti aku takot terlampau panjang nanti. Takot mesej tak sampai. Kang sekejap cakap macam nie, sekejap macam tu. Tanya macam-macam. Ada yang blur kang. Yang aritu pon geng gagak aku tu kata panjang sangat, kang aku ulas sekali dengan topik nie, ntah berapa page kang. Seyesly aku rase tulesan ini akan jadik tulesan paling panjang yang penah aku tulis setakat ini.
Pernah tak rasa macam ada sesuatu hilang, tak lengkap dalam hati? rase semacam ada lubang dalam hati, masa awal awal kau putus chenta or tengah putus chenta. Haih. Aku pernah dan maseh ada lagi sampai sekarang. Maseh menghantoi jiwa raga sampai sekarang, dan bila terpikir.. haih. rase sangat3 sampai tahap pujuk hati biar jangan besedih. Jenis rasa kosong yang akan buat kau rasa hati kau macam takde, seyes macam sebahagian hati kau tu ntah kemane, macam takde kat tempat die. Betol, aku tak tipu. Banyak mekanisma yang dapat mencetus mende lubang dalam hati nie contohnya tengok gambar, jalan kat tempat yang kau selalu lepak, dengar lagu.. haih.. dan Cube tanya rakan-rakan kau yang putus chenta. Mesti ada, pasti ada. Kalao takde, maksudnya dielah orang yang mengakhirkan hubungan tu atau lebih senang die orang yang mintak putus. 3 orang aku tanye, 3 bersetuju mende ini. dan kau semestinya akan tanya, boleh tak nak mengubati, aku akan kata tak. dan takde ubat pon. Bagi aku memang tak boleh. Sebab apa? Sebab sebahagian hati kau dah hilang dan kau akan rasa bahagian yang hilang tu. Contoh macam luka, luka besar ke kecil ke, tapi bab cinta samakan dengan luka besar la, Ye, Dr jahit, lilit, tampal dan sembuh. tapi parut ada tak? Ada kan. maseh rasa macam mana pengalaman kau dapat parut tu kan. Bila teringat jek ouchhh.. haaa… So, lubang dalam hati tu macam tu jugak, akan ada kat situ sampaila bila-bila. Jadik macam mana nak ubat mende tu? macam tu sampai bila-bila la takkan terubatkan?
Haaa… kat sinila datangnya teroskan perjalanan atau samala dengan orang puteh kata move on. Dan ya, saya serta beberapa rakan lain mengakui, nie masa yang paling sukar, susah, penoh tangisan, depress, hati terluka.. Macam mana la kau nak tempuh sendiri hidop nie kan. Kau perlu, kau perlu teroskan hidop. Perlu teruskan perjalanan. Pergi ke pendapat orang, aku tanya abe wong macam mana kau teroskan perjalanan, die cakap die teroskan jela, amek masa beberapa taun sebelom pulih, sebelom dapat teroskan perjalanan. Dan dia menambah, kau kene cari yang boleh kongsi, buat menda yang kau suka buat dan sikit3 kau akan dapat teroskan perjalanan. Miss burger pon bagi jawapan yang sama dan dia tambah lagi sikit die percaya Allah ada sediakan yang terbek untuk dia. Dan dia juga ada tambah yang mende tu, perpisahan tu boleh jadikkan pengajaran supaya tak buat salah yang sama. Dua-dua percaya yang masa dan orang terdekat boleh buat kau teroskan perjalanan. Janganlah kau kecewa sangat, nape susah sangat nak lupakan dia semua. Memangla susah, dah asek pikir jek. Masa tu, masa tu akan tentukan pulihnya hati kau. Macam luka jugak, sebab dah guna konsep luka. Jadik aku gunala. Tiap orang ada gak berapa lama luka dia sembuh. Kadar sembuh luka tiap orang lain-lain. So jangan lah kau ase kecewa tengok orang len pas putus beberapa bulan dah pulih kau tak. Sabar. Masa akan menentukan. dan kau takkan tau masa depan kau macam mana. Mana tau lagi best dan dapat orang lagi elok. Kau mana tau. Bukan kau yang tules takdir.
Bagi aku, aku maseh ada lagi mende lubang dalam hati, seperti yang aku sebot diatas. Nie semua gara-gara ex aku. Thanks! Tapi terima kaseh tuk dia. Aku bukan orang yang sama macam dulu, aku boleh, berupaya menempuhi perjalanan hati, menjadi orang tabah, dan belajar yang wujudnye spesis playgirl k. Jadi, kalao ada pompuan cakap smua salah laki, lakila nie gatal, lakila jahat dalam dunia. Tunggula aku maki kau. Dan ya, sampai sekarang aku taktau macam mana aku nak reaksi kalau jumpe die, adakah hi, or lari. Memangla aku kata dah teroskan perjalanan tapi ingat tak aku cakap tadi, lubang dalam hati tu macam luka. Kau akan rasa jugak bila teringat.
Dan macam mana cara aku teroskan perjalanan, aku rasa aku cari pengganti dan masa. Dua-dua tu pasangan yang secocok. Hikhikhik. Mana tau kau sedih-sedih ada jantina lain dok teman kau baek nya. Dok baeknya sokong kau. Apa lagi. Kalao dua-dua ske. Nikah la pe lagi :D hikhikhik… tapi ada tapi. Pengganti tu kau kene serius. Kalao rebound guy/girl tu kau memang keji. Memang sangat keji. Perangai tu tak elok. Jangan buat orang lain merana sebab nak orang len rase macam mana saketnya kau. Die tak patot kene macam tu. Walaopon die belen, tapi tetap salah ye encik belen. Tak elok. Sangat tak elok.
Kesimpulannya, lubang dalam hati wujud, cuba Tanya orang sekeliling. Dan ramuan untuk teroskan perjalanan = Ingat pada Tuhan/masa/pengganti/keluarga/kawan atau kesemuanya :) berakhir sudah perihal lubang dalam hati dan teroskan perjalanan
Saya maseh ada lubang dalam hati, tapi saya dah teroskan perjalanan saya. Anda bagaimana? :D
p/s : Senyum cik bulan, teroskan senyum :)
encik belen, Day124AndAlone: “I doubt the existence of; recovery.” Akan sampai masanya encik belen, akan sampai masanya :) sabar, dan Tuhan akan temukan mu dengan tukang sembuh hatimu.
“Walk on, through the wind,
Walk on, through the rain,
Though your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart,
And you’ll never walk alone…”
Ya, ya… mesti perkara pertama yang kau fikir aku ni fan Liverpool tapi aku bukan. Aku peminat Manchester United. Dan mesti kau akan cakap, dahtu pekejadah kau nak dengar lagu Liverpool? Jawapan aku. Aku suka, lagu ni lain dari lain, yela kalau Manchester United tak habes3 dengan Glory Glory Man United. Aku rasa macam membangge diri pulak dengan lagu tu. Aku tak suka langsung. Tapi dengan lagu ini, “You’ll never walk alone” ni banyak gila makna, banyak gila pengisian dan boleh diberi kepada orang yang baru putus chenta. Ya, aku sebenarnya nak kaitkan antara lagu ni dan chenta. Bukan pasal permulaan chenta, tapi pengakhiran sebuah kesah chenta.
Chenta ini bagi aku macam dadah. Boleh ketagih. Awal-awal cuba saja-saja, tapi lama-lama ketagih. Ketagih nak bermanje, ketagih nak berinduan, ketagih nak bersayang, berchenta.. dan bila kau terpisah, kesan atau kita panggil “withdrawal effect” akan nampak. akan kelihatan. sama macam orang penagih dadah. Rasa tak cukup, rasa ada kurang, gelisah.. semua ada. Dan mulalah rasa sunyi, sebab dah biasa ada orang bersama sekarang takde orang. Pastu akan menjurus kepada sedih, dan depresss… Ya.. aku penah lalui mende ni, dan ya chenta pertama. Zaman Matriks. Terok sangat “Withdrawal effect” aku. Hari-hari nanges, hari-hari pikir sampai aku rasa aku dapat migrain ni pon pasal tu. Dan aku penah sampai satu tahap, nak bunuh diri. Sebab aku putus asa. Putus asa, sedih, depress dengan chenta. Mati dan habes. Takde apa dah..
Mesti kau tanya, apa kene mengena lak dengan lagu tu pulak. Ha, meh aku kaitkan. Masa kau putus chenta tu, kemungkinan mende yang kau pikir hanya dia. Hanya orang tu di hati, mata, otak. Pikir 24 jam. Takleh nak tidor malam semua sebab teringat. Dan kau akan rasa kau sorg kat dunia nie bila die takde. Takleh hidup tanpa die. Haaaa.. kat cni lagu tu boleh dikaitkan “You’ll never walk alone”. Kau sebenarnya dibutakan oleh chenta dengan hakikat yang kau ada orang sekeliling, Ibubapa, Keluarga, Kawan dan persekitaran. Kau ada, tapi kau tak sedar. Tak sedar yang kau maseh ada orang yang sayangkan kau, prihatin kat kau, ambil berat. Sebab apa tak sedar, “Withdrawal effect” kat chenta kau tula ponca. Untuk contoh, masa aku putus chenta memang aku tak pikir apa dah, dia jekla semua. Nasebla aku ada rakan sebilik yang baek yang mana adalah sepupu aku gak. hikhikhik. Dia tegor dan selalu ajak aku lepak, ajak pegi berlari, pegi maen, pegi stadi. Jadik lama lama aku dapat belajar, buat apa aku nak sedih. Aku ada kawan yang boleh hepi kan aku, bagi aku gelak. Ada orang sekeliling yang prihatin. Bila pikir hakikat nak bunuh diri sebelom ni rasa bangang lak. Yela, kau pikir masa tu sedihla, baik mati. Tapi tunggu dulu, kau mana tau masa depan, kau mana tau rupanya hidop kau 50 tahun pastu osem, kau jumpa orang lagi baek semua, ada anak, ada cucu dan hidop hingga akher hayat. Kan kerugian tu :D
Kau juga tak keseorangan sebab kau ada Tuhan. Apa pun kepercayaan kau, Tuhan sentiasa disisi kau. Kalao Muslim, Allah sentiasa bersama kau. Cuma kau tak sedar, kau takde kemahuan nak pikir dia ada kat sisi, kau dibutakan, sentiasa ada, 24 jam, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setaun tak pernah walao sekali Allah menidakkan kau.
Dan ya, pengubat paling berkesan ialah masa. Masa yang akan menentukan bila kau akan sembuh sepenuhnya. tapi orang sekeliling kau tu, kawan, ibubapa, keluarga or even kaunselor sebenarnya macam catalyst yang membantu mempercepatkan proses pembaik pulihan hati kau. dan mana tau sangkut ke, kalao kawan kau jantina berlainan. mana tau. hikhikhik. takdir ni takleh nak ramal. :D
Akher kata, bagi mereka mereka yang baru putus chenta tu, kamu tak keseorangan. Ada kawan, ada semua orang. Jadik single bukanla mende tak elok. Kau tak habes3 dengan istilah forever alone. ish3. Tolonglah. Kawan sekeliling tu. Ada jek membantu. Cuma kau sendiri yang menidakkan. Cuma kau jek yang tak nak dorg tolong kau. Lagipon dari kau pikir berchenta, baek kau pikir kawen, kumpul duit masa tengah single ni. Jumpa orang yang kau betol3 sayang, dan dia bagi respon, kau teros ajak kawen, takyah ler nak kapel3. Buat letih jak. hikhikhik. Hantar rombongan pinang, nikah teros, pastu berchenta la ikot kau. Boleh pegan-pegang semua. takdela haroooommmmm. hikhikhik. :D
Saya tak keseorangan, ada kawan, ada keluarga, anda bagaimana? :)
“Walk on, walk on, with hope in your heart.
and you’ll never walk alone….”
Hikhikhikhik…
Persoalan ini aku tak dapat nak jawab semalam panjang-panjang kat mesej. Soalan ini ditanya oleh salah seorang geng gagak :D
Apa pasal emo kat tumblr? macam luahan ati paling dalam jek?
Hikhikhikhik… memang luahan hati, luahan ikhlas dari pelusuk hati. Dah lama simpan, lama sangat. Dari simpan-simpan maken busuk dan saket baek aku luahkan. Bukan ke bagos kalao ade apa terbuku dihati kau luahkan, sayang ke, chenta ke, sedih ke… Dari pendam. jadik terok kau gak makan hati. Lagipon salah satu cara nak gilap penulisan, rasa dah terok sangat dah tahap penulisan aku. Dan juga nak kongsi, apa pengalaman yang berlaku aku, biar kalau yang baca dapat manfaat atau bepikir panjang. Dan ya, semua ni pengalaman sendiri, penah jadik sendiri. :D
Apa pasal tak buat blog?
Takmao orang ramai tau.. hikhikhik.. sbb tak ramai ada tumblr :D dan aku tak kejar follower ke hape. dan ya mungkin kau akan kata apa pasal nak bagi manfaat tapi taknak letak blog, bagi kat manfaat kat kawan3 untuk lebeh spesifik. hikhikhik. aku akan bagitau kawan-kawan jek. hikhikhik. lagipon blog leceh. nak kene buat macam-macam. aku dah biase tumblr. jadik tumblrla :D
Kesimpulan,
Ya, memang penulisan aku dari dalam lubuk hati aku paling dalam, gelap, yang aku pendam lama dah. sangat lama. Dari aku biar buat saket hati aku, baek aku luahkan :D dan ya. Memang lega. Sekurang-kurangnya aku ada cara nak salurkan ke-emo-an aku :)
Ya, iya dan iya. tulisan ini dan dua tiga tulisan untuk kamu Cik Bulan. Terima Kasih untuk kamu saya ada idea untuk menulis. hikhikhik :D
OK, berbalik pada tajuk diatas, sedia atau tidak? banyak mende boleh guna sedia atau tak nie. macam “hang dah sedia blom nk pi makan? dak, cheq tak siap lagi” atau ahli politik dah bersedia berdebat atau tidak? dan sebagainya….
Sekarang ni aku nak cakap pasal sedia atau tidak untuk perhubungan. Ye… berkasih sayang, berchenta mahupun berkahwin. Hubungan perchentaan bagi aku sangatlah memerlukan kecekalan dari segi mental mahupun fizikal. Yela fizikal, mana tau gf ske pukul kau ke, true story. hikhikhik.. Bersedia atau tak kau nak kongsi masa kau, sedia atau tak kau untuk berkomitmen kat pasangan kau, jaga hati dia selalu dan juga hati kau. pliz jaga hati kau juga. Serius. Nanti hati kau memberontak baru kau tau. Mende nie pernah jadik kat aku dan sangatlah tak best. Bersedia ke tak kau nak menempuh pergaduhan, pujuk balik dan Ye mesti akan ada orang cakap bahagia, aku tau ada good times, kenangan manis, masa terbang terbang, rama-rama dalam perot tapi disebalik tu? gaduh? majok? bermasam muka? Bersedia ke tak? Ini belom lagi KAWEN! Komitmen! Isteri! Suami! Tanggungjawab! Anak! Ibu Bapa! Nafkah semua! Haaaaaa!
Bagi aku.. aku tak sedia nak berpasangan chenta berasmara. hikhikhik. sangat tak bersedia nak berkomitmen, boleh kah aku bahagiakan pasangan, jaga hati dia dan aku. Bolehkah aku jadik macam masa first day ngorat dia dan kekalkan rentak romantis tu. ingin juga aku jaga hati sendiri, bagi masa hati pulih, biar pulih sepenuhnya baru lah start balik. gadis gadis gadis :D
Pasal kawen lagilah, dengan duitnya tak cukup lagi, apa pon tarak. pernah tanya Cik Noks apa buatkan dia yaken nak kawen, dia jawab entahla. “nohorom apa entah pastu kawen, kata aku”. Then baru die explain yang bila kau nak kawen, kau akan dapat rasa yaken, yaken nak bertanggungjawab semua, sebagai suami, isteri. Dan bila pikir balik, aku tak yaken lagi! sangatlah tak yaken! Tanggungjawab suami isteri, dan paling aku takot anak! bukan takot budak kecik tapi Aku taknak anak aku membesar dalam keadaan aku asek gadoh ngan bini, tak bahagia, bermasam muka semua. tak cemerlangla anak aku. tak dapat aku wariskan ayat3 manis. hikhikhik… taknak taknak taknak.
Jadik, kalao ditanya aku sedia atau tak, nak hubungan chenta, aku jawab tak sedia.. bakla datang bidadari yang aku nak pon, aku tak sedia. Tapi bagi yang dah sedia. apa lagi, jangan tunggu, ekspresilah chentamu itu, jangan dipendam dan berchentalah! dan bagi yang dah sedia nak kawen, pegilah kawen, cari tok kadi, culek masok dalam guni, dan nikah. :) jangan tunggu lama3 nanti gersang buat maksiat. :D
Akher kata, saya tak sedia lagi.. anda bagaimana? :)